Monday, November 16, 2009

Majlis Ihtifal Pasti As Solihin 2009


Alhamdulillah pd 15hb November 2009 telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Pasti As Solihin Bandar Tasek Mutiara bertempat di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Tasek Mutiara Fasa 2 dengan jayanya. Inilah julung kalinya majlis ihtifal diadakan diluar dari tempat tradisi iaitu didalam kelas Pasti As Solihin sendiri sambil dirasmikan oleh Al Fadhil Us Lotfi bin Ariffin yg merupakan ajk dewan ulama Pas negeri Kedah. Antara intisari ucapan beliau adalah menekankan aspek mendidik anak-anak dengan islam. Antara tetamu jemputan adalah terdiri daripada Saudara Nazir (Mantan pengerusi Pasti Kaw Nibong Tebal) serta Us Rafiqah (Pengerusi Pasti Kaw Nibong Tebal). Juga tak lupa sambutan dari para waris amat menggalakkan dengan kehadiran melebihi 100 orang. Juadah makanan yang disediakan juga cukup membanggakan hasil dari sumbangan para waris seperti mee goreng serta kuih muih. Tidak ketinggalan juga terdapat gerai jualan produk-produk buatan orang islam seperti keluaran dari HPA dan lain-lain. Syabas kepada petugas-petugas khasnya barisan ahli jawatankuasa yang tidak mengenal lelah didalam berganding bahu menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga kepada barisan guru-guru yg telah menyediakan hadiah-hadiah serta persediaan terhadap persembahan dari murid-murid pasti sungguh membanggakan. Insyaallah kami ahli jawatankuasa Pasti As Solihin dengan segala daya usaha kami akan memikirkan untuk menampilkan kelainan untuk majlis ihtifal pasti yg akan datang dengan lebih jayanya.