Friday, December 28, 2012

Sesi penerangan dan pendaftaran pelajar PASTI AS SOLIHIN sesi 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Insyaallah sesi pendaftaran akan berlangsung seperti dibawah:
Tarikh : 2hb Januari 2013
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pasti As Solihin Bandar Tasek Mutiara Simpang Ampat

Para waris yg berkenaan dijemput hadir.








Wassalam.

Sunday, May 23, 2010

Iman Semut, Iman manusia?

Assalammualaikum w.b.t..


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tidak sempurna, Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tidak pernah jujur. Kita tidak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita sempurna bila bersamanya.

Sukan Pasti Negeri Pulau Pinang

Alhamdulillah pada 9hb mei 2010 yang lepas telah berlangsung sukan bolasepak dan bolajaring peringkat negeri Pulau Pinang. Pasti Kawasan Nibong Tebal dimana beberapa orang wakilnya adalah dari Pasti As Solihin Bandar Tasek Mutiara telah berjaya keperingkat akhir utk kedua-dua acara namun hanya berjaya sebagai naib johan.
Namun setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para guru dan ajk yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan pelajar-pelajar Pasti dari kawasan Nibong Tebal yang berjaya sampai ke peringkat akhir kejohanan. Pencapaian naib johan bagi kedua-dua acara adalah merupakan kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh pasti kawasan Nibong Tebal dan diharapkan pada tahun depan insyaallah sasaran sebagai johan tidak lagi mustahil utk dicapai.
Tahniah sekali lagi.
Wassalam.

Wednesday, May 5, 2010

Asal usul Solat

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

AKAN KU SAMPAI KAN WALAUSEBARIS AYAT

Pasti As Solihin Pasti Terbaik Pulau Pinang tahun 2009/2010

Salam sejahtera,
Alhamdulillah pada majlis perasmian 3 dekad Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang baru-baru ni pada 1 Mei 2010 bertempat di Madrasah An Nahdhoh Kubang Semang, saya telah menerima frame berupa kalimah Allah dan Nabi Muhammad kerana Pasti As Solihin Bandar Tasek Mutiara telah dipilih sebagai Pasti terbaik bagi seluruh Pulau Pinang bagi tahun 2009/2010 daripada Us Nasharudin Hasan Tantawi merangkap Ketua Pemuda Pas Pusat sambil disaksikan oleh YB Salehudin Ayob merangkap Naib Presiden Pas Pusat.
Pasti As Solihin dipilih berdasarkan dari aspek pengurusan yg pelbagai termasuk dari aspek kewangan, pendidikan serta pembangunan. Disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada ajk-ajk saya yg selama ini bekerja keras serta bertungkus lumus bagi menjayakan apa jua program yg dijalankan juga yg bakal dijalankan. Tak lupa juga kepada guru-guru yg selama ini tak pernah jemu menabur jasa mengajar anak-anak pelajar pasti dengan penuh kesungguhan.
Syabas Pasti As Solihin!

Tuesday, December 8, 2009

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami
keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar
ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah
sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang
isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan
dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti
hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa
dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang
berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang
tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa
dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula
dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa
yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati
ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang
paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak
meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak
tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya
akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai
balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana
dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang
seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu
terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI
dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa
oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.
Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah -
IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI
MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga
dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri
meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita
mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita
itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah
tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini
hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang
mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu
masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya
dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si
SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu
yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga
isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2
suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa
mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah ' mempunyai ' tetapi
MESTI menggunakannya dengan bijak.

Thursday, November 26, 2009

Selamat menyambut Aidil Adha

Assalamualaikumwarahmatullah,
Kami ajk Pas Cawangan Bandar Tasek Mutiara serta ajk Pasti As Solihin Bandar Tasek Mutiara ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha yang akan disambut pada 27hb November 2009 kepada seluruh muslimin dan muslimat diseluruh negara terutamanya para jemaah haji semoga Allah memberkati haji kalian dan semoga beroleh haji mabrur hendaknya.