Thursday, October 22, 2009

Latihan Badminton



Assalamualaikumwarahmatullah,
Untuk pengetahuan ahli jemaah sekalian, saya serta beberapa orang lagi dari Jemaah Pas Cawangan Bandar Tasek Mutiara telah bersama-sama sejak bulan ogos lalu menyewa Dewan JKKK Kepala Gajah berlatih (bermain) badminton.
Kepada yang berminat marilah beramai-ramai menyertai kami untuk kita menrapatkan lagi ukhwah disamping mengeluarkan peluh bagi menyihatkan badan. Berlangsung pada hari rabu setiap minggu bermula dari 9.30 mlm sehingga tak larat nak main. Bayaran dikenakan sebanyak RM5.00 seorang untuk kos bulu tangkis dan sewa dewan.

Solat Hajat dan bacaan yasin.

Assalamualaikumwarahmatullah,
Malam tadi selepas solat isyak diadakan bacaan yasin serta tahlil untuk allahyarham ayahanda Kak Rin serta solat hajat untuk ayahanda kepada Saudara Amin (Setiausaha Pasti As Solihin) yang kini diberitakan sedang sakit tenat/koma. Bacaan yasin, tahlil serta solat hajat telah diadakan di Surau Al-Ikhwan Fasa 5 Bandar Tasek Mutiara.
Semoga Allah swt mencucuri roh allahyarham dan semoga ayahanda saudara Amin kembali pulih serta sembuh secepat mungkin.