Saturday, October 17, 2009

Pasti As-solihin


Assalamualaikumwarahmatullahiwabaratuh,
Para pendukung gerakan islam sekalian, dewasa ini pendidikan pra-islam kepada kanak-kanak amat dititikberatkan oleh ibu bapa tak kira apa tahap keimanan mereka. Setiap ibu bapa ingin melihat serta mengimpikan agar anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah disamping berjaya didalam bidan akademik masing-masing apabila dewasa kelak. Sehingga kini kita dapat melihat pelbagai institusi pra-sekolah ditubuhkan bagaikan cendawan tumbuh diseluruh negara.
Dewan Pemuda Pas Pusat tidak ketinggalan didalam gerak kerja mereka untuk mengambil inisiatif tersebut didalam mendidik anak-anak orang islam dinegara ini sedari umur 4 hingga 6 tahun melalui program pendidikan pra-sekolah yang disusun oleh pakar-pakar pendidikan agar silibus pelajaran yang dilalui bersesuaian dengan tahap kanak-kanak ini.
Atas dasar ingin memberi sumbangan pendidikan pra-sekolah kepada kanak-kanak di sekitar Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat Pulau Pinang, Pasti As-Solihin berjaya ditubuhkan pada tahun 2001. Penat lelah oleh 4, 5 orang ahli gerakan Islam, Pasti-As Solihin telah berjaya beroperasi hingga kini malah para pelajar juga kian bertambah dari tahun ke tahun. Kelas yang wujud sekarang adalah rumah kedai 2 tingkat yang disewa sehingga kini.